Nasi Ayam Station best LUNCH kat Port Dickson Batu 11.....

As'salamualaikum dan Salam Sejahtera

Hari ni Nina nak share Kedai makan yang simple dan best kat Port Dickson - Ayam Bakar Station

Nina pertama kali makan kat sini. Sambil lalu nak cari makan tengahhari  disekitar area Batu 11, Pasir Panjang,Teluk Kemang Port Dickson. Sekali nampak ramainya orang makan kat  Kedai Ayam Bakar Station. Signboard juga menarik kan perhatian untuk buzy body nak tahu.
Terlintas di fikiran nak tahu apa yang menarik kat sini...
Kenapa ramai orang....?? Sedap ker...??


dari arah teluk Kemang ke Batu 11 akan nampak signboard nie belah kiri

Hhrmm.... Menyajikan  Menu nasi putih bersama Ayam Bakar. Ayamnya dibakar depan mata dan mengikut permintaan. So dapat makan panas-panas.
Nina sukakan menu yang simple, mudah dan semestinya sesuai buat anak-anak. Ok cun, dan Nina pun cari tempat - dok bawah pokok Chery. Redup, nyaman..... Suka!

Standard Nasi ayam  bakar kat KL, ada nasi putih, ayam bakar, sup ayam, sambal cili dan bersama tomato dan timun. Simple!

Kat sini, Nina suka nasi nya yang lembut, (idok lerr yang keras sampai rasa macam nak tercekik kadang tuu)
Ayamnya pula, moist....
Isi yang sedang elok empuk masak di Bakar, berjus lagi.  Rempah pun tak heavy sangat. 
Suka suka.... Light -light gitu.
Anak-anak pun laju jer makan dengan berselera.
Sup pun sedap dihirup laju.. Slurp slurpp~


menarik kann ayam bakar nya..??

Selain menu yang segar lagi panas dan menepati citarasa Nina sekeluarga **maksudnya bukan nasi berlauk siap masak**
Apa yang menarik lagi kat adalah air minumannya.
Apa yang terhidang kat meja luar ni harga nya per gelas. Segelas hanya RM1.50
Ada sirap, sarsi, tea o, jambu batu, asam masin. Katanya layan diri. Ambik sendiri gelas, buh ais ikut suka banyak mana dan hanya tekan air pilihan di hati. Nak ulang (refill) ikut suka ambik jer sendiri. Yang penting, harganya di kira per gelas.
Best kan....??

Antara menu lain yang ada untuk lunch selain menu utamanya, ada juga Ayam bakar Madu dan beraneka pilihan lauk-pauk.

Menurut owner, (sempat lak nina beborak) hehee.... Menu Nasi Ayam beroperasi bermula jam 11am-4:30pm
Akan tapi kedai dah mula niaga seawal 8am untuk menu sarapan. Contohnya ada nasi lemak, lauk-pauk, Mee goreng, bihun goreng dan sebagainya.

Nina juga dimaklumkan ada beberapa cawangan kat area KL, Bangi, Petaling Jaya. Hhrmm.... Hebat rupanya. Nina aje yang belum tahu~

So lepas ni, kalau nina sekeluarga ke Port Dickson lagi - mudah laa.... Nina dah ada tempat yang hendak dituju untuk makan tengahhari :)

Kalau uolls ada sekitar Port Dickson dan tak tahu area mana nak dituju sila lah singgah sini....

*** Ayam Bakar Station***
Batu 11, Pasir Panjang, Teluk Kemang Port Diskson
Operation hours 11:30am - 4:30pm
Isnin - tutup



dari arah melaka ke Teluk Kemang akan nampak signboard ni belah kanan....




Labels: , , ,