Roti Sausage Gulung

As'salamualaikum dan Salam Sejahtera

Lama tak update resepi kan? terasa kekok lak ..... Tak tau macammana nak mula. Hehee
Sejak dari semalam Yana sibuk dok suruh prepare bekal tuk dia bawak ke sekolah. Katanya nak bawak hotdog. Nak bawak 4 bekas lagi..... 
Banyaknya! Untuk sapa? >>>>>> Rupa-rupanyanya siap nak bekalkan tuk kawan-kawannya sekali. Oooo.... ok laaaa, tapi mama pack kan satu bekas ajer then mama letak ada 4. Ok?
Yana setuju! :)

Ini antara menu yang paling gemar Nina buat untuk sarapan. Cepat, ringkas dan kenyang!
Selalu dok buat tapi selalu juga tak sempat nak snap picture. Asal siap ajer dah ready to ngap!
Maklum laaaa, sejak ada baby nie masa teramat lah terhad. Tambahan lagi Nina juga dok buzy ngan order cake budget Choc Moist dan Cheese Leleh dan juga order tambahan yang lain-lain. Maaf laaaa bebanyak buat yang selalu tertunggu story mory a.k.a resepi baru dari Nina.
Buat masa nie, ini laaaa resepi ringkas yang sempat Nina share tuk kengkawan :)
Try laaaa dan paling penting anak-anak sukakannya....
Jom intai resepinya >>>>


Roti Sausage Gulung
8 keping roti
8 sausage
1 biji telur
sedikit garam
serbuk roti secukupnya
minyak untuk menggoreng

Cara penyediaannya
1-  Roti di gelekkan rata (Nina pakai termos ajer - hehee...)
2-  Letakkan sausage dan gulung
3-  Celupkan roti dalam telur yang dah dipukul bersama sedikit garam
4-  Kemudian golekkan/salut roti tadi dengan serbuk roti.
5-  Setelah itu goreng (deep fried) hingga keperangan *** pastikan minyak api perlahan/sederhana kerana roti cepat masak, takut nanti sausage kat dalamnya tak sempat masak,  roti dah rentung aka over fried)
6-  Toskan dan sedia dihidangkan





Labels: , ,