Nasi Planta Pelangi.... warna kehidupan :)

As'salamualaikum dan Salam Sejahtera ...

Apa khabar teman-teman Nina yang tersayang...? Sihat ker?
Nina harapkan anda semua sihat sejahtera hendaknya... amin..

Dah makan ker? Makan apa pagi tadi ...? Pastikan yang berkhasiat dan sebaiknya jadikan amalan meminum sekurang-kurangnya 8 gelas/2 litter air kosong sehari. Atau lebih, lebih baik jika mampu...

Maklum lah semenjak dua menjak nie keadaan cuaca yang tak menentu antara faktor yang menyebabkan ramai kengkawan kita yang kurang sihat. Bukan apa, kadang tu cuaca tengah panas terik tetiba tup tup tak der angin tak der guruh, hujan pun turunnnn...
"Arni, angkat hujan... jemuran dah turunnn"  ::: Tiap kali hujan turun, dialog Pendekar Bujang Lapok ini lah yang sentiasa bermain diminda Nina.. Hehhee . . . 


Ikutkan nak buat Nasi Hujan Panas.... (selalunya 3warna ajer) memandangkan cuaca dok hujan dok panas so Nina pun tambah lagi sikit  warna biru... 
Maka terjadilah warna pelangi :)
Dengan harapan kalau nanti hujan membasahi bumi dan kemudian pelangi pula muncul~
Bak kata pujangga : : : :
Kadang kadang Allah sembunyikan kita matahari, dan Allah berikan kita hujan dan kilat. Kita tertanya-tanya kemanakah perginya matahari, rupa-rupanya Allah berikan kita pelangi..
Chewah ... yo yo orr ajer Nina nie kann.. hehee

Nasi Planta Pelangi nie versi beras biasa ajer .. Ikutkan kalau nak lagi menarik kena pakai  brasmathi. Tapi ...... Tak kisah beras apa pun nak pakai, kita yang nak makan so ikut suka masing-masing...
Cuma kalau pakai brasmathi, hasilnya nanti lagi sedap, menarik dan tertarik~


Kat rumah Nina nie, selalunya Nina masak nasi untuk anak-anak jerr sebab Mr.Hubby a.k.a 'My Gang' kurang makan nasi. So nak nampak lagi menarik Nina pun letak lah sikit pewarna. Nina buh pewarna nie sikit sangat sebab tuu warnanya tak berapa rata keseluruhannya.
Sajer cuba-cuba ... sambil nak tarik minat anak-anak makan ;)

"Mama, mama ..... kenapa cantik sangat nasi nie??  Boleh makan kerr?"
Huh!! Memang untuk dimakan sayangg~ sabar jer laaaa....heheee ....





Nasi Planta Pelangi
Resepi:  Nina Mirza
Bahan-bahan
3 cawan beras
3 sudu besar Planta
1 biji bawang merah ( dimayang halus )
3 ulas bawang putih

1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 biji bunga cengkih
2 biji  buah pelaga
Sedikit garam
Kismis sebagai tambahan jika mahu
Pewarna hijau, kuning, merah dan biru

Cara penyediaannya
1.  Basuh beras dan toskan.
2. Cairkan Planta  dan tumis bawang dan bawang putih yang telah dimayang tadi sehingga wangi
4. Kemudian masukkan beras dan secubit garam.
5. Masukkan air, kismis dan masak seperti nasi biasa.
6. Bila nasi dah kering buat beberapa lubang dan titiskan pewarna kegemaran.
7. Tunggu sehingga nasi betul-betul masak dan gemburkan sebelum dihidang.


Selamat mencuba!









Labels: